Assalamualaikum..
Alhamdulillah~ Akhirnya terubat jugak rasa sedih haritu. Haha. Koya sedih. Pape jelah. Dia dah blas mcg dah pown mlm ni. Soo, xdek la risau sgt. Sekurang-kurangnye sy tau dia ok tp yg sy heran, knpe mlm ni sy mcm biase2 je bila mcg dia??? Selalunya pasceroh duk senyum. Nape ea?? Kne buat research ni. Haha. Ok, back to topic. Sy nak explain kat korang 4 benda ni ok. Jom buat research sma2 ok. Baca elok2 n sebelum tu breath in pastu breath out. Ok, let's get start.
Minat - Sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
# Erti kata lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita inginkan.
Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Apabila bersama dengan dia, kita akan tergelak sampai nak pecah perut. Tapi kita taklah rindu sangat pada dia bila tak jumpa seminggu.
# Erti kata lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak dan penghibur hari-hari kita.
Sayang - Kita memerlukan dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi telinga kepada masalah kita.
# Erti kata lain : sayang ditujukkan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita tidak cinta kepadanya.
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh kita mahu dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
# Erti kata lain : cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya. kita akan rasa sunyi. Kita mencintai dia sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas walaupun dia tidak tahu.
Kesimpulannya : Kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka, dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang tu.
Soooooo, korang pandai2 la buat research dengan hati korang tu ye. Klau hati sy mungkin sy "SUKA" kot kat dia. Ntah la. Agak mengelirukan jugak bnde ni kan?? Takpe2. Slow2 k. Ni je yg sy boleh share dgn korang sbb sy tak reti sgt mnde2 alah camni.
Assalamualaikum. Bye2. Take care.








No comments:
Post a Comment
-Assalamualaikum.
-Pliz tnggalkan komen walau satu. Tq