-->
skip to main | skip to sidebar

Sayonara Ira

Apabila Jari-Jemari Mula Menari-nari Di Atas Papan Kekunci & Segala-galanya Di Rasai Umpama Bumi Yang Tidak Bergerak & Masa Terhenti.

Daisypath Friendship tickers

Pages

  • The Owner
  • Entry
  • Chord Guitar
  • Life Pica

Friday, 11 April 2014

Volleyball

Assalamualaikum..

Hai peps ! Sorry la ye lama dah mak jemah tak berupdate. Minggu ni sy sibuk dengan training volleyball. Menatang apa volleyball tu ? Volleyball tu bola tampar je pakcik-ii makcik-ii sekalian. Khamis semalam sy dah pergi bertanding dekat SMK Tanah Putih . Rezeki tak menyebelahi kami semalam. Takpelah. At leasr kitaorg enjoy the game right ? Actually harini ada lagi tapi sy tak dpt join disebabkan keadaan kesihatan sy. Smlm mmg kaw-ii punya sakit kepala. Rasa nak pecah nak meletup kata ko. Seriously mmg sy tak pernah rasa sakit kepala mcm tu. Berguling-guling sy dibuatnya. Lepas tu ada la ulang-alik 2 3 4 kali pergi toilet sebab ?? Bkn melepaskan hajat ye adik-ii. Sebab sy asyik nak muntah. Letih tau. Tuhan je tahu sakit time tu mcm mana. Yang paling sy bersyukur sgt sbb sy ada MAMA. Mama lah segalanya bagi sy. Dia lah kekuatan sy. Mama buat mcm-ii nak hilangkan sakit kepala sy. Dia picit kepala sy, sapu ubat n mcm-ii mlm la. Sy tak boleh imagine bila mama dah takda nnt. Hmmm. Ok tinggalkan pasal tu. Kita sambung pasal volleyball. Mmg best dapat main volleyball ni. Mmg have fun sgt-ii. Dapat cikgu pulak yg mmg sporting sgt-ii. Tapi syg, tahun ni dah last. Hmmm T_T Tahun depan takda dah la. Pape pown kalau dah pertama kali pergi lawan mmg ada lah habuan dia ye. Jari manis sy terseliuh. Wauuu~ Best kan ?? Dua kali dah. Haritu mula-ii kena time training. Lepastu time lwn smlm. Yeah !! Kan ku jadikan itu sebagai kenang-kenangan ye. Haha. Itu je yg dpt sy share minggu ni.

Assalamualaikum. Bye -ii
Posted by Unknown at 01:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 30 March 2014

Musuh Remaja !

Assalamualaikum..

Hai peps ! *lambai tangan . Orait, harini kita nak cerita-cintan pasal isu yg agak sensitif. Wooo, bunyi macam parah je. Takde lah. Watlek. Tapi isu ni sensitif untuk remaja la kata ko. JERAWAT. Fuhhh, perkara yg paling seram utk remaja.Terlalu sensitif dan seram sehingga saya bold dengan warna merah. Fuuu dasyat ni. Kuikuikui. Musuh ketat tu beb. Actually bkn semua org la ada. Kdg-ii jerawat ni mungkin dipengaruhi faktor genetik jugak. Mungkin la. Ace tanya mak korang, dlu masa muda-ii ada jerawat tak ? Haha. Jadi reporter ye. Sy ada baca artikel mengenai faktor-ii tumbuhnya jerawat.

Antara faktor-ii tumbuhnya jerawat :

1. Stress
Korang memang tak boleh stress atau terlalu banya berfikir. Sy pernah alami situasi mcm ni. Bila cikgu bg hw terlalu byk n then nak suruh hantar awal. Mmg sakit kepala fikir pasal hw. Ayoyo. Bila bangun je pagi esok tu. Perghhh, mmg boleh tgk r dekat dahi, byk sgt-ii. Jenis jerawat yg halus-ii tu. Tp yg jenis mcm ni cepat sembuh.

2. Tidur lewat
Haaaa~ Korang yg jadi burung hantu mlm-ii tu jgn ingat bagus ye. Selain mata anda jadi bengkak dan menjadi mata mcm panda tu korang jugak mudah nak tumbuh jerawat tahu. Bila badan tak cukup rehat, muka letih sel-ii muka anda pown bermasalah. Soooo, sape-ii yg selalu tidur lewat tu, awal-awalkan la ye. Bnde ni pown pernah jadi dekat sy sbb sy dlu jenis yg suka berjaga malam. Now sharp 10:30 sy dah tido. Nak elakkan letih dipagi hari esok. Faktor nak tidur dlm kelas pown berkurang. Hehe

3. Pemakanan
Akak-ii abg-ii adk-ii n kwn-ii sekalian. Jgn ingat pemakanan tak mempengaruhi pertumbuhan jerawat ok. Mungkin berlaku pada sesetengah individu sahaja. Diet yg seimbang dapat mengawal pertumbuhan jerawat. Kurangkan ambil makanan yg berminyak kerana hal ini mengalakkan pertumbuhan jerawat. Sesetengah individu boleh mkn kacang. Mcm sy, sy tak boleh makan kacang. Especially kacang tanah. Bisanya yang amat. Smpai skrg sy stop mkn benda-ii yg ada kacang. Lepastu kepada kaki-ii yg suka mkn sambal belacan. Haaaa~ yg tu power punya. Jerawat tak terkata la. Belacan tu bisa kak oiii. Tp mungkin sesetengah individu boleh je mkn makanan yg ada belacan but not me. Mkn tu pilih-ii la ye. Jgn main bedal je n then menyesal dikemudian hari. Mak jemah tak boleh nak tolong ye akak.

4. Matahari
Bila sy sebut matahari jgn la pulak korang takut nak keluar rumah sebab matahari. Tu dah mengalahkan penyakit albino makcik oii. Tp bila sy baca pasal matahari, doktor tu cakap matahari BUKAN penyebab utama masalah jerawat. Haba yg dihasilkan oleh matahari menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus  menyumbatkan liang roma anda.

5. Alat solek
Haaaa~ Yg ni la selalunya yg menjadi masalah. Dah mcm masalah negara dah. Ada sesetengah individu-ii yg mempunyai kulit yg sensitif(mcm sy) ingin cuba produk-ii yg ada di luar sana tu. Tp kdg-ii mereka beli n then pakai muka mereka jadi lebih teruk. Kesian sy tgk. Ada jugak sikap pengeluar-ii dan peniaga-ii produk yg tak bertanggungjawab menjual produk-ii tiruan n palsu. Tak baik buat mcm tu, nak cari rezeki yg halal cari la dgn cara yg betul. Insyallah, rezeki yg dapat tu diberkati Allah. Kesiankan la dekat pengguna-ii yg nak muka diaorg elok. Kdg-ii tu dah teruk bila pakai produk palsu tu jadi lagi teruk. Kepada pengguna-ii produk kecantikkan tu hati-ii ye bila membeli. Mcm sy , muka sy sgt-ii la sensitif sebab tu sy tak pakai bedak compact tau. Nanti habis rosak muka sy.

6. Hormon
Ok, yg ini last je yg sy dpt kongsi dari apa yg sy baca. Pada usia kita yg remaja ni, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih byk sebum di bwh pengaruh hormon yg dikenali sbg hormon androgen sbb tu la ramai dlm kalangan adik-ii kakak-ii makcik-ii mengalami masalah jerawat pada usia remaja dan awal dewasa. Tapi lama-kelamaan sebaceous akan menghasilakan sebum yg makin berkurang daripada usia remaja.

Sooo, kepada akak-ii makcik-ii kwn-ii n adik-ii jgn la risau ye. Masalah ni takkan berlarutan sampai bila-ii insyallah~ Kalau kulit korang dah mmg serious, jumpa la pada yg lebih pakar tentang masalah ni. Betullah apa yg cikgu biology sy cerita. Hormon merupakan salah satu faktor-ii  pertumbuhan jerawat. Sy ni pown muka ada jerawat jugak. Tapi sy cuba n usaha nak rawat. Mmg betul, jerawat ni boleh menyebabkan self confident korang drop tapi bersyukur lah dengan apa yg Allah bagi. Jangan la sampai pergi buat plastic surgery bagai. Itu dah mengubah ciptaan Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa n ikhtiar sahaja. Insyallah. Biar kita hina dia mata manusia asalkan kita mulia di mata Allah. Insyallah. Ok, mak jemah dah penat membebel. Time to sleep now. Esok dah sekolah. Aloooo~ Eshpeyem~

Assalamualaikum. Andai ada yg silap mohon dimaafkan. Ini sekadar nak berkongsi ye. Insyallah panjang umur kita jumpa lagi ye teman-ii. Babai *lambai tangan

Posted by Unknown at 07:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 27 March 2014

Shoes Addicted

Assalamualaikum...

Haluuu abg-ii, akak-ii, pakcik-ii, makcik-ii dan adk-ii ku sekalian. Hoho. Harini ni lmbt sikit update sebab cari gmbr dlm fon nak update. Mahu tercopot jantung gue bila cari-ii tak jumpa. Last-ii jumpa la jugak. Ok btw sy nak share sikit pasal kasut. Kita story-ii pasal kasut. Biasalah orang single dan merangkap pelajar sekolah menengah lagi, hohoho tak sempat nak bercinta-cintun nak share dgn korang. Ok abaikan bebelan gue itu tadi ye. Mari kita sambung topik kita "SHOES ADDICTED".. Fuyooo dengar tajuk pown dah rasa nak lompat-ii keriangan. Hahaha. Sy semenjak "sendirian" ni sy suka habiskan masa sy dengan shopping n survey brg-ii online. Hanya bnde ni je yg boleh buat sy rasa tak sepi bila sorang-ii. Kalau nak dibandingkan beg, baju n kasut sy tersangat-sangat la addicted dengan kasut. Fulamak, mmg nak gugur jantung bila tengok kasut. Sy ni bukan la jenis yg pandai berfesyen n ikut trend fesyen nowadays. Apa yg sy tahu sy just pakai apa yg saya rasa selesa, selamat, ok n simple. Tu lah tips sy. Meh sy ulang ok. Tips untuk pengayaan fesyen sendiri.

Tips !
- Selesa dipakai
- Membuatkan anda rasa selamat
- Berani mengayakan sesuatu kelainan
- Pemilihan accessories jgn terlalu heavy
- Biar simple supaya nmpk kemas n sweet-ii gitu

Kalau sy outing sy akan pakai sesuatu yg sy rasa sesuai dengan mood sy supaya sng la sy nak berjalan dgn perasaan gumbira. Takde la nak tarik sana, bela sini. Kan mudah.


Trolololo~ Ini la collection kasut sy buat masa skrg ni. Bukan nak show off sbb sy tak ada niat langsung mcm tu. Sekadar nak berkongsi sahaja. Majoriti kasut-ii sy yg sebelum ni n smpai skrg sy beli dengan duit sy sendiri ok. Cuma yg kelabu tu je kak ngah sy yg baik hati belanja sy. Kebanyakkan sy beli pakai duit tabung n gaji yg sy kerja part time tu. Ni la hasil dia. Ok lets get start. Yg kasut ala-ii crepers tu dari jenama POLO. Sy baru sgt beli kasut tu n baru sekali pakai. Actually harga dia RM100 ke atas but kebetulan pulak haritu terdetik hati nak singgah lagi sekali, tengok-ii harga memang sale kaw-ii punya. Discount mmg gempak. Apa tunggu-ii lagi, sy pown rembat jela. Hehe. Ok next yg warna merah tu from VINCCI. Kasut ni mmg simple. Sy suka sbb shape dia kena dengan kaki sy n paling penting warna merah. Hahaha. Dark red i think. N the last one yang warna grey tu from RUCCINI. Tu kak ngah la belanja. Time tu tengah nak cari kasut sebab kasut dah tak ada. Ni kasut kesayangan tau. Sy sgt-ii suka pakai kasut ni sebab sgt-ii la selesa n warna dia match nak masuk dengan apa-ii warna baju. Dekat depan tu ada a little bit glitter but not to heavy. Paling sesuai nak pakai time malam. Nampak cantik je sparkling dlm gelap. I love to choose pastel colour sbb sng sikit nak match dgn baju. Sy tak berani nak beli yg wrna dia agak striking. Itu perkara yg menakutkan sy bila nak match dengan baju. Sooo, next time sy nak add on lagi collection sy dengan spot shoes n sneakers. Jadi kena la usaha nak kumpul duit lagi. Korang-ii yg dekat luar sana yg spesies sy ni yg malas nak keluar rumah boleh la survey-ii online ye. Dekat fb, instagram, blog n etc ada jual kasut yg mcm-ii jenis smpai membuatkan korang nak nangis. Hahaha, Too many choice bebeyh. N for sure enjoy with what you wear ok !


p/s : Mohon maaf la ye kepada yg mmg proffesional dlm bidang-ii fashion ni. Sy cuma share tips dari segi pendapat saya sahaja. Sekian...

Assalamualaikum...

Posted by Unknown at 10:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Cute Onion Club - Onion Head

~Owner~


Ira
12/07/1997
Berusaha! Fighting!!

Coretan

  • ▼  2014 (4)
    • ▼  April (1)
      • Volleyball
    • ►  March (3)
  • ►  2013 (68)
    • ►  December (2)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (17)
    • ►  August (9)
    • ►  July (17)

Page View


Jantung Hati

Penaja Terhebat !!